Baby Gear,  Kekeluargaan,  Parenthood,  Pembesaran Anak-Anak,  Perkembangan Bayi

9 Tips Nak Pilih Stroller Anak

Ada sahabat bertanyakan pada KakMah tentang tips untuk pilih stroller yang sesuai untuk anak. Well, KakMah ni takde la “terer” sangat bab ni. Tapi, in shaa Allah, dengan sedikit research dari website sana-sini, KakMah simpulkan dalam post kali ni. Ok? Semoga bermanfaat kepada anda semua, terutama “first-time-parents”.

Stroller atau “kereta sorong anak” ni adalah salah satu benda yang ibu bapa “perlu” ada. Bukan kata wajib, tapi sekurang-kurangnya perlu satu peralatan yang bantu “membawa” bayi (atau anak) bila kita nak berjalan.

Sekarang ni, banyak sangat jenis stroller yang ada di pasaran. Yang boleh lipat-lipatlah, yang boleh basuhlah, macam-macam lagi. So, apa ciri yang anda perlu menitik beratkan apabila memilih stroller untuk anak anda.

Tips Pilih Stroller

Ada 9 tips untuk anda pertimbangkan sebelum membuat pilihan stroller apa anda perlu pilih dan beli.

  1. Keselamatan
    • Perkara paling penting kena consider bila nak membeli stroller ialah ciri-ciri keselamatan yang ada pada stroller tersebut. Pastikan feature locking dia bagus, tak mudah tercabut. Pastikan juga tak ada bahagian yang tajam di sekitar stroller yang boleh membahayakan anak. Jika stroller dibeli untuk baby baru lahir, pastikan bahagian depan tu tak terlalu luar hingga boleh memboloskan baby ke depan.
  2. Tali Pinggang Keledar (Seatbelts)
    • Mana-mana stroller sekarang ni dilengkapi dengan seatbelts. Tujuan dia tak nak anak jatuh atau keluar dari stroller tanpa kita sedar. Paling bagus, seatbelts ada 5 point abah-abah yang cover bahagian pinggang, antara dua kaki, daripada bahagian bahu. Pastikan ianya senang untuk ditanggalkan oleh kita, tapi masih selamat dan selesa untuk anak. Material seatbelts tu kena consider. Kalau kasar sangat material dia, boleh “membahayakan” anak, jangan pilih.
  3. Brakes
    • Bila dah nak beli stroller tu, test dulu brake dia macam mana. Kan stroller ada function yang boleh “lock” tayar daripada bergerak tu, itulah brake stroller. Test dulu tahap brake stroller tersebut. Pastikan bila kita dah lock, memang sukar nak gerakkan stroller.
  4. Mudah untuk Gerakkan
    • Ada stroller yang tak mudah untuk digerakkan. Rasa keras. Bila nak pusing pun susah. Stroller yang bagus adalah stroller yang mampu digerakkan secara lurus pada 1 garisan lurus, dan boleh memusingkan stroller tersebut dengan 1 tangan sahaja. Stroller yang membolehkan tayar berpusing depan dan belakang adalah yang terbaik untuk anda pilih.
  5. Ketinggian Pemegang
    • Nak tolak stroller ni, kita kena jaga juga posisi badan kita semasa nak tolak stroller. Jadi, pastikan kedudukan pemegang (ketinggiannya) adalah pada paras pinggang anda. Kalau tinggi sangat atau rendah sangat, boleh menyebabkan posisi badan anda membengkok dan ini boleh “merosakkan” tulang anda. Cari stroller yang boleh adjust ketinggian pemegang.
  6. Boleh Ubah Kedudukan Tempat Duduk
    • Tempat duduk perlulah senang diubah kedudukannya mengikut umur anak. Contoh jika anak baru lahir, tempat duduk stroller perlulah baring (seakan kedudukan rata) sebab baby tak boleh nak kawal pergerakan kepala dan tak boleh duduk sebetulnya. Bila anak dah besar pun, katalah anak tidur, kedudukan rata adalah diperlukan untuk memastikan posisi tulang mereka dalam keadaan baik.
  7. Ada “canopy”
    • Stroller pun nak kena ada “canopy” tau. Alaaa, yang cover bahagian atas kepala anak tu. Hehe. Tujuan dia macam payung la juga. Nak elak dari kena panas matahari, hujan. Bila anak tidur, boleh turunkan canopy tu untuk cover dia dari cahaya luar, tidur pun lebih selesa.
  8. Senang Simpan
    • Perkara paling anda perlu consider bila nak beli stroller ialah senang nak simpan. First, check dulu kereta anda. Kalau kecil, janganlah beli stroller besar yang sampai tak muat nak simpan dalam bonet kereta. Pastikan bila nak beli tu, cuba lipat dulu stroller tu dan bandingkan dengan saiz bonet kereta. Kalau muat, belilah. Lepas tu, pastikan juga ianya woman-friendly. Maksudnya, senang untuk buka dan simpan. Tak perlu bongkok-bongkok nak cari punat nak buka. Kadang-kadang kita keluar bukannya setiap masa dengan suami, ada kalanya seorang je dengan anak. Jadi, pilih yang mudah untuk diuruskan tapi masih menepati ciri-ciri keselamatan diperlukan.
  9. Boleh Basuh
    • Satu lagi, pilih stroller yang kainnya mudah ditanggalkan untuk dibasuh. Terutama kat bahagian tempat duduk tu. Biasa la, kadang-kadang anak minum susu dalam tu, tertumpah susu, jadi untuk memastikan stroller sentiasa bersih dan tidak dijangkiti kuman, kenalah basuh.

Semoga perkongsian KakMah ini memberi bermanfaat dan dapat membantu ibu bapa diluar sana untuk membeli stroller untuk anak. For first-time parents, best of luck! Mesti teruja nak pergi shopping sekarang dan cari stroller kan? Hehe. Stick to your budget, anda pasti jumpa yang berkenan di hati. Jangan over-spend ya. Banyak lagi keperluan anda perlu sediakan untuk diri anda dan si kecil.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *