Parenthood,  Pembesaran Anak-Anak,  Perkembangan Bayi

8 Kelebihan Bayi Merangkak Yang Anda Perlu Tahu

Perkembangan bayi ni meluas. Bermula dari saat di dalam rahim ibu lagi. Bayangkan sekecil-kecil saiz embrio di dalam rahim iaitu sebesar 6mm je apabila berjaya disenyawakan. Lepas tu membesar menjadi fetus, bayi yang telah bersedia untuk dilahirkan. Bila dah lahir, dari sekecil tu yang tak pandai apa-apa, lama-lama membesar. Perkembangan dia pun daripada duduk diam, dah mula pusing-pusing (menelentang, meniarap). Then, mulalah bayi merangkak. Time ni memang satu rumah akan dia teroka. Hehe. Tapi ada sesetengah bayi yang terus je berjalan. Ibu-ibu lain yang dengar anak orang ni dah pandai jalan, jadi jeles sebab anak sendiri baru nak merangkak. Ish. Jangan gitu. Banyak kelebihan bila bayi merangkak ni tau, dan anda perlu tahu kelebihan ni. Galakkan anak anda merangkak ya.

8 kelebihan merangkak

  1. Merangkak membantu menguatkan leher, sendi, tangan.. dan kebanyakan anggota badan bayi
  2. Melatih bayi menyeimbangkan diri, kemahiran menggunakan jari-jemari
  3. Menguatkan segala jenis otot bayi keseluruhannya
  4. Menggalakkan penggunaan kedua-dua belah otak anak.. kan kita ni ada otak kanan dan kiri
  5. Meningkatkan pengeluaran myelin iaitu satu bahan yang melapisi sel saraf untuk membantu otak anak untuk menerima dan menghantar mesej dengan cepat dan jelas.
  6. Mengembangkan sambungan rangkaian saraf dimana ia dapat membantu mengawal proses pemahaman, kepekaan, dan kuatkan ingatan
  7. Merangsang kepekaan bayi iaitu sentuhan, visual dalam jarak dekat dan jauh
  8. Merangsang penggunaan kedua belah telinga secara serentak, sekaligus membantu perkembangan dan pemahaman bahasa bayi

 

Menarik kan? Jadi… jangan gusar ibu-ibu kalau anak pandai merangkak dulu. Dia akan cepat belajar, dan dapat berjalan juga nanti. Rangsang dan galakkan anak dalam setiap pergerakan. In shaa Allah, bayi anda akan cepat belajar dan membesar dengan baik.

Jangan lupa, galakkan penyusuan susu ibu ya. Jika ingin mendapatkan supplement Shaklee yang membantu menyihatkan dan memberi tenaga kepada ibu, sekaligus menggalakkan penghasilan susu ibu, boleh hubungi ummi ya.

**Disclaimer**

2 Comments

    • Shima Zainal

      alhamdulillah.. betul tu.. perkembangan bayi sangat comel.. rugi kalau kita tak dapat melihat perkembangan bayi. semoga anak tuan membesar menjadi anak bijak dan soleh/solehah.. ameen.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *