Anti-Oksidan,  Diabetes,  Kesihatan,  Panduan Kesihatan,  Testimoni Diabetes,  Testimoni Kesihatan,  Testimoni Supplement,  Testimoni Vivix,  Tips,  Vivix

7 Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Diabetes

Menurut sumber Berita Harian online yang bertarikh 15 November 2017 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia menganggarkan lebih 3.6 juta rakyat Malaysia menghidapi masalah diabetes, iaitu kandungan gula di dalam darah adalah tinggi (juga dikenali sebagai kencing manis). Lebih memeranjatkan lagi ialah, separuh daripada bilangan tersebut, iaitu 1.8 juta rakyat Malaysia masih belum di-diagnosed kerana masih masih menjalani ujian saringan. Selain itu, 1.78 juta penghidap diabetes di Malaysia adalah kaum wanita.

Adalah penting untuk kita menjaga pemakanan seharian, agar dapat mengelakkan daripada risiko penyakit ini. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, juga lakukan senaman ringan setiap hari untuk lebih sihat, cerdas, dan cergas. Bagi mereka yang telah di-diagnosed menghidap masalah diabetes ini, jangan bimbang. Sebagai langkah pertama, anda perlu mulakan penjagaan pemakanan. Elakkan 7 makanan ini dalam diet seharian anda untuk mengawal kandungan gula dalam darah yang sedia ada.

  1. Nasi Putih
    • kajian menunjukkan bahawa kandungan zat tepung dan indeks glisemik yang tinggi di dalam nasi putih boleh membawa kepada masalah diabetes.
    • gantikan pengambilan nasi putih dengan sayur-sayuran, buah-buahan atau amalkan nasi perang (brown rice).
  2. Ubi Kentang
    • kajian menunjukkan ubi kentang mampu meningkatkan tahap gula di dalam darah pada kadar yang lebih cepat.
  3. Sos Tomato
    • bahan yang digunakan di dalam sos tomato mengandungi kadar gula yang sangat tinggi, untuk menyeimbangkan rasa masam tomato itu.
  4. Roti
    • roti dihasilkan daripada tepung putih, dimana ia boleh menjadikan tahap gula dalam darah mudah untuk tidak stabil dan dapat memburukkan lagi tahap kesihatan.
  5. Pemanis Tiruan
    • sedangkan gula putih pun merbahaya, apatah lagi pemanis tiruan yang merupakan zat aditif yang boleh menyebabkan kandungan gula di dalam darah tidak terkawal.
  6. Jus Buah-buahan
    • kandungan gula di dalam jus buah adalah sangat tinggi, terutama yang berada di pasaran. jika ingin amalkan, blend sendiri di rumah tanpa perlu menambahkan gula.
  7. Yogurt Rendah Lemak
    • yogurt mempunyai pemanis tiruan yang tinggi kandungan gulanya, walaupun ianya mengandungi kandungan lemak yang rendah.

Cuba elakkan 7 makanan yang memang mudah kita dapati ini. Kadang-kadang, ia memang telah menjadi ruji harian kita. Memang sukar untuk hentikan tabiat pemakanan ini, jika memang sudah menjadi kebiasaan, terutama nasi putih itu. Tapi, belajarlah untuk kurangkan dan elakkan. Mudah-mudahan dapat membantu anda mengawal kadar gula di dalam darah anda itu.

Amalkan supplement yang dapat membantu mengawal kadar gula di dalam darah. Antara supplement terbaik untuk anda ialah Vivix, iaitu supplement berasaskan resveratrol, yang tinggi kandungan anti oksidannya, berbanding dengan product lain di pasaran. Resveratrol membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap insulin. Resveratrol juga mampu menghasilkan dan mengaktifkan enzim SIRT1 yang bertanggungjawab membantu merembeskan hormon insulin.

Ingin mencuba Vivix sebagai ikhtiar untuk mengawal kadar gula di dalam darah anda? Hubungi KakMah segera untuk order.

*Disclaimer*

© sumber dari Majalah Mingguan Wanita November 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *