Kesihatan Tulang,  Pengambilan Kalsium,  Set Joint Health

7 Cara Untuk Dapatkan Tulang Yang Sihat Selain Supplement Kalsium

Pengambilan makanan yang seimbang boleh membantu membina tulang yang lebih sihat dan kuat, selain daripada pengambilan kalsium (supplement atau susu) semata-mata. Kalsium amatlah penting dan perlu ada pada tahapnya dalam badan kita. Ini untuk mengelak daripada masalah tulang yang sering kita dengar iaitu osteoporosis. Osteoporosis ni adalah dimana tulang semakin lemah dan rapuh.

CARA DAPATKAN TULANG SIHAT SELAIN KALSIUM
Pengambilan kalsium adalah salah satu alternatif. Tapi bukan hanya daripada supplement, anda juga boleh dapatkan daripada nutrisi lain. Pengambilan kalsium yang anda perlukan setiap hari ialah min 1,000 mg untuk dewasa.
 
1. Pengambilan susu (tenusu)
  • Susu lembu ada 300 mg kalsium dalam satu cawan. Yang fresh tau.
  • Cheese dan yogurt pun ada juga khasiat kalsium
  • Selain susu lembu, inisiatif lain adalah almond, nasi, dan juga soya. Soya sahaja boleh berikan 35-300 mg kalsium setiap hidangan. Tapi tengok jugalah cara penghasilannya.
2. Contoh makanan bukan tenusu
  • Brocolli
  • Almonds
  • Salmon
  • Sayuran hijau seperti bayam
  • Kekacang

3. Makanan yang ditambah khasiat kalsium (selalu ditulis pada label)

  • Jus
  • Soya
  • Cereals

4. Jangan lupa pengambilan vitamin D

  • Vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam badan
  • Kita memerlukan 400 – 800 IU vitamin D setiap hari
  • Tahu tak, cahaya matahari pun ada vitamin D tau. Berjemur 10-15 minit tu ok la. Tapi tengok juga, kalau terlampau panas atau udara tak segar, jangan ambil risiko berjemur pula ya.

5. Pengambilan protein

  • Protein membantu membentuk tulang yang sihat, dan juga membantu mempercepatkan proses pemulihan tulang yang retak/rapuh (berdasarkan kajian).

6. Nutrisi lain seperti:

  • Potassium
  • Magnesium
  • Vitamin K
  • Vitamin C
  • Vitamin A (tapi jangan terlalu banyak sebab tak bagus juga untuk tulang)

7. Apa yang anda perlu kurangkan:

  • Alkohol
  • Caffeine
  • Sodium
Baca label makanan anda setiap kali membeli. Pastikan setiap nutrisi pada kadar yang seimbang dan tidak berlebihan. Semakin tua, semakin kurang ketumpatan tulang kita kalau tak ambil kalsium dan nutrisi lain yang bagus untuk tulang ni. Tambah lak kalau kaum perempuan. Sebab apa, time period kalsium keluar, time pregnant share kalsium dengan baby, time menyusu pun masih share kalsium dengan baby. Jadi, amalkan pemakanan seimbang yang bantu menyihatkan tulang.
Nak senang dan mudah, boleh ambil set supplement untuk tulang dan sendi iaitu Set Joint Healh Shaklee. Terdiri daripada Ostematrix (kalsium), Omega Guard (Omega 3, dll), serta Advanced Joint Health Tablet.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami.
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb: http://bit.ly/PM_Kami
Pengedar Shaklee di Seremban
———————————————————

**Disclaimer**

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *