Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Kisah Seorang Ibu,  Memerah Susu,  Panduan Penyusuan,  Set Menyusu,  Susu Ibu

6 Kunci Kejayaan Untuk Berjaya Menyusukan Anak

Zaman sekarang ni, breastfeeding atau penyusuan susu ibu bukanlah lagi sesuatu yang janggal di dengar. Malah, pihak hospital juga amat menggalakkan penyusuan susu ibu. Ini disebabkan oleh khasiat dan nutrisi dalam susu ibu itu adalah sangat bernilai dan tiada tolok bandingnya. Sebagai contoh, ada bayi yang mengalami masalah prolong jaundice disebabkan oleh susu ibu. Namun, doktor tak suruh stop menyusukan anak, tapi doktor suruh teruskan kerana tidak ada komplikasi kesihatan lain (seperti berkaitan dengan hati bayi). Ini adalah pengalaman KakMah sendiri selepas melahirkan anak pertama. Anak KakMah prolong jaundice sehingga usia hampir mencecah 3 bulan. Alhamdulillah, kesihatan anak baik dan KakMah dapat menyusukan anak sepenuhnya tanpa perlu rasa bimbang.

Setiap ibu pasti mempunyai hasrat untuk menyusukan anaknya sehingga paling kurang 6 bulan dan sebaiknya sehingga berusia 2 tahun. Namun, ada juga ibu yang mungkin mengalami masalah di awal perjalanan penyusuan susu ibu tu, lalu terhenti lebih awal dari sepatutnya. Ada yang seminggu je dapat menyusukan anak, ada yang sehingga habis tempoh berpantang je. Setiap ibu ada rezeki masing-masing. Namun, dengan ilmu yang tinggi berkenaan penyusuan susu ibu, tidak mustahil untuk ibu berjaya menyusukan anak sehingga usia 2 tahun.

Alhamdulillah, untuk anak kedua KakMah, KakMah hampir dapat “grad” untuk menyusukan anak KakMah sehingga usia 2 tahun. Pada ketika artikel ini ditulis, usia anak KakMah sudahpun mencecah 23 bulan. Alhamdulillah, selama 22 bulan, sepenuhnya breastfeeding. Apabila masuk usia 23 bulan, KakMah ajar anak untuk minum susu formula sebagai persediaan untuk wean-off nanti. Walaupun anak telah pun diajar minum susu formula, tapi KakMah masih continue pam dan menyusukan anak sehingga sekarang. Alhamdulillah, memang rezeki anak.

Artikel kali ini istimewa untuk first-time mother, ibu-ibu yang struggle untuk menyusukan anak, ibu bekerja, agar dapat berjaya dan “grad” untuk menyusukan anak sehingga ke usia 2 tahun. KakMah nak kongsikan 6 kunci kejayaan yang KakMah buat untuk berjaya dalam proses penyusuan susu ibu ni.

KUNCI 1: Mulakan Dari Awal

Jika diberi kesempatan untuk menyusukan anak selepas selesai bersalin, gunakanlah waktu itu sebaiknya. Kerana pada waktu itu, terdapat susu colustrum yang sangat berkhasiat untuk anak. Mulakan penyusuan susu ibu seawal mungkin supaya kita pandai menyusukan anak dan bayi juga pandai menghisap. Jika pada waktu itu, ibu rasa seperti ada masalah, rujuk pada nursing consultant di hospital. KakMah pasti, setiap hospital pasti ada nursing consultant yang boleh bantu ibu.

Selain daripada itu, mulakan pam dan simpan stok seawal mungkin. Pengalaman KakMah sendiri, KakMah start pam dan simpan stok bila masuk seminggu tempoh berpantang. Seminggu pertama selepas bersalin, KakMah fokus menyusukan anak kerana ketika itu susu colustrum sangat berkhasiat untuk bayi. Selepas seminggu, KakMah akan start pam. Paling minima 1 kali sehari. Terbaik adalah setiap kali bayi habis menyusu, kita pam dan kosongkan breast. Jangan takut untuk kosongkan breast kerana itu dapat menggalakkan penghasilan susu baru. Bila kita start pam dan simpan stok susu awal, in shaa Allah, masa kita nak masuk kerja, stok dah mencukupi untuk anak.

KUNCI 2: Beritahu Bos

Ramai ibu ambil remeh akan perkara ni, tapi KakMah tak ambil mudah. Sebab KakMah tak nak nanti bos atau majikan kita ingat kita menghilangkan diri. Nak pam bukan sekejap, ada yang sampai 30-40 minit untuk satu sesi. So, untuk kita pun tak rasa risau, bimbang masa nak pam, KakMah sangat sarankan untuk ibu beritahu bos yang anda adalah seorang breastfeed mom dan perlu pam 2 atau 3 kali sehari pada waktu bekerja. Beritahu pukul berapa anda perlu pam. So that masa ni, in shaa Allah, bos pun tak ganggu sangat kita waktu ni.

KUNCI 3: Jadual Pam Consistent

Hal ni sangat penting. Kalau kita dah set sehari 2 kali pam, tentukan pula jam berapa anda nak pam. Jangan main redah ikut suka je waktu bila anda nak pam. Contoh, KakMah pam 2 kali sehari di ofis. So, KakMah dah set jam 9.30 pagi dan 3.30 petang adalah waktu untuk KakMah pam. (Nota tambahan: The best is, jangan jarakkan masa lebih 4 jam kalau tak nak susu drop). Ikut cara kerja anda sendiri, kalau sempat 3 kali, then buat 3 kali. Sebab kita ni kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang. So, selama 9 jam tu, kita kena pastikan “demand” untuk susu terhasil tu ada.

KakMah faham, kadang tu walaupun dah set masa tapi ada urgent case atau meeting kena attend. So, apa nak buat? Awalkan sedikit masa anda. Contoh kalau meeting pukul 10, rasa-rasa tak sempat kalau start pukul 9.30 pagi. So, start awal dalam pukul 9 pagi. Sesi seterusnya tu pun, anda awalkan sedikit. Asalkan jarak antara 2 sesi tu lebih kurang sama. Jangan ada gap terlalu lama dari kebiasaan sebab ini boleh menyebabkan susu drop sebab tak ada “demand”.

KUNCI 4: Minum Air Banyak

Sebenarnya ramai ibu mengabaikan hal ini. Ibu sangat perlu minum air minimum 3 liter sehari, tidak termasuk air bergula. Pengambilan air kosong atau mineral adalah sangat digalakkan sebab membantu penghasilan susu ibu. KakMah faham, kadang tu tak sempat atau tak teringat nak minum air. Saranan KakMah, bawa air botol besar ke tempat kerja. Dan kena set dalam minda, sebelum habis waktu bekerja, kena habiskan air ni. Jika anda perasan, bila anda kurang minum air, production susu pun jadi tak banyak. Betul tak? So, nak atau tak nak, ibu memang kena minum air mencukupi setiap hari.

KUNCI 5: Kawal Emosi

Stress adalah radikal bebas yang paling senyap sekali dan boleh mengganggu sel-sel kita untuk bekerja dengan baik, termasuklah untuk menghasilkan susu. Ibu perlu memastikan semasa pam atau menyusukan anak directly, ibu perlulah stress-free. Istighfar, zikir sebelum memulakan sesi pam. Pastikan ibu tenang dan gembira masa pam atau susukan anak. Barulah hormon dalam badan ni dapat menghasilkan susu dengan baik. Sambil pam, buat sesuatu yang boleh menggembirakan anda. Lihat gambar atau video baby ke, bau baju baby ke, atau scroll facebook ke. Asalkan emosi anda tidak terganggu waktu tu. Kalau kata nak buat kerja masa pam, tapi kerja tu buat kita stress, saranan KakMah, hentikanlah dulu kerja tu. Stabilkan emosi kita dulu, selesaikan tugas kita as ibu (pam susu), then sambung buat kerja balik.

KUNCI 6: Diet Seimbang

Perasan tak, kalau kita makan sesuatu makanan tu, production susu kita lebih daripada biasa. So, catatkan apa anda makan yang boleh bantu untuk boostkan penghasilan susu badan kita. Paling penting, pastikan nutrisi seimbang. Jangan main bedal je semua makanan, terutama makanan tidak berkhasiat seperti fast food. Tapi amalkan pemakanan sihat dan diet seimbang. Bila nutrisi dalam badan kita ni mencukupi, kita pun rasa lebih bertenaga, dan ini membantu menghasilkan susu berkualiti dan banyak.

 

Itu sahaja 6 kunci yang KakMah percaya sangat membantu KakMah untuk berjaya menyusukan anak KakMah sehingga ke usia 2 tahun. Alhamdulillah, rezeki anak-anak, dan semua ini dengan izin Allah juga. Kita sebagai manusia kena belajar dan praktikkan. Paling penting, jangan putus asa untuk berusaha.

Selain dari 6 kunci kejayaan ini, KakMah juga mengamalkan pengambilan supplement Shaklee untuk membantu KakMah lebih bertenaga, sihat, dapat kawal emosi dengan baik, dan paling penting, membantu menghasilkan susu yang sangat berkualiti untuk anak.

Jika ibu berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang set ini, boleh hubungi KakMah. Set ini lengkap dengan segala nutrisi yang ibu dan bayi perlukan. KakMah mengamalkan set ini seawal selepas bersalin dan consistent selama 2 tahun menyusukan anak. Alhamdulillah, set ini sangat membantu KakMah.

Anda juga boleh mengamalkan set yang sama. Kerana bila nutrisi dalam badan lengkap, maka sel dapat bekerja dengan baik.

KakMah doakan agar ibu-ibu juga turut berjaya dalam penyusuan susu ibu dan dapat “grad” dengan jayanya, iaitu menyusukan anak sehingga 2 tahun. In Shaa Allah.

*Disclaimer*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *