Anti Penuaan,  Kecantikan,  Masalah Kulit,  Penjagaan Kulit,  Regimen YOUTH,  Set Kecantikan,  YOUTH Skincare

5 Steps Untuk Kenal Jenis Kulit Wajah

Ada kalanya, bila kita nak cari skincare ataupun supplement yang sangat sesuai dengan kulit kita, kita tak tahu macam mana nak beritahu pada consultant atau distributor atau salesgirl tentang masalah kulit yang kita alami. Kulit wajah kita ni ada pelbagai kategori / jenis kulit. Penting untuk kita tahu sendiri jenis kulit kita supaya mudah untuk kita mencari produk bersesuaian.

Paling biasa kita dengar ialah kulit kering, kulit berminyak, atau pun kombinasi kulit kering+berminyak.

Bagaimana kita nak tahu jenis kulit kita ni macam mana? KakMah nak share dengan anda 5 steps untuk anda kenal pasti jenis kulit wajah anda. Step ini anda boleh buat di rumah, senang sahaja.

Step 1: Cuci Muka

Gunakan pencuci muka yang tidak terlalu kuat, dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Mulakan dengan bahagian bawah dagu dan tolak ke tepi rangka pipi, dengan cara bulatan. Gunakan 2 atau 3 jari sahaja semasa mencuci muka agar tidak memberi tekanan sepenuhnya pada kulit. Kemudian, teruskan pada bahagian hidung, pipi, dahi. Pastikan kulit muka dicuci dengan bersih dan bebas daripada make-up dan kotoran.

Step 2: Biarkan selama 1 jam

Selepas selesai cuci muka, jangan sapu apa-apa pada kulit wajah kita. Biarkan selama 1 jam supaya kulit balik kepada keadaan normal. Jangan sentuh kulit dengan tangan kita pada tempoh ini.

Step 3: Lap dengan tisu

Selepas tempoh sejam tersebut, lapkan kulit wajah kita dengan tisu lembut (bukan tisu basah). Fokus pada bahagian T-zone kita, iaitu dahi dan juga hidung.

Step 4: Check jenis kulit

Pada step ini, anda dah boleh kenal pasti samada kulit anda jenis normal, berminyak, kering, atau ada kombinasi kulit.

  • Kulit Normal – Tidak ada kesan minyak pada tisu. Kulit rasa lembut, sihat. Inilah jenis kulit yang kita inginkan.
  • Kulit Berminyak – Ada kesan minyak pada tisu. Mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak mempunyai pori besar dan nampak berkilat.
  • Kulit Kering – Kulit rasa sangat tegang dan keras. Seperti ada satu lapisan plastic pada kulit. Masalah kulit kering ada kaitan dengan pori yang kecil. Oleh itu, amat digalakkan untuk menggunakan pelembap bersesuaian.
  • Kulit Kombinasi – Kulit mengalami kesemua simptom di atas. Kulit berminyak di kawasan T-zone dan normal serta kering di bahagian lain.

Step 5: Check masalah kulit

Anda juga perlu tahu tentang masalah kulit yang anda alami kerana kulit berminyak, kering, dan kombinasi ini biasanya ada kaitan dengan salah satu daripada 3 masalah ini.

  • Jeragat yang boleh disebabkan oleh perubahan cuaca, “sunburn” (terdedah kepada cahaya panas) atau pun hormon yang terganggu kerana perubahan dalam diri seseorang itu seperti hamil, mengamalkan pil perancang.
  • Jerawat yang berpunca daripada liang-liang pori yang tersumbat atau dari kilang minyak dalam kulit yang terlalu aktif. (Click untuk ketahui Tips Menghilangkan Jerawat)
  • Kulit sensitif ataupun sebenarnya adalah alergi kepada produk skincare yang tidak sesuai, murah, kurang berkualiti, mengandungi bahan kimia. Kulit akan berasa merah dan gatal-gatal.

Selepas anda mengetahui jenis kulit dan masalah yang anda hadapi, ini lebih mudah untuk anda mendapatkan rawatan yang bersesuaian dengan anda. Anda juga boleh mendapatkan produk skincare yang terbaik dan serasi dengan jenis kulit anda. Apabila anda dapat menggunakan produk bersesuaian, anda boleh mengatasi masalah kulit tersebut.

Skincare YOUTH yang terbaru dari Shaklee sangat sesuai digunakan oleh semua jenis kulit. Skincare ini bebas daripada 1,500 bahan kimia berbahaya serta dihasilkan daripada bahan semulajadi yang bermutu tinggi, kaya dengan khasiat anti-oksidan. YOUTH dihasilkan selepas 8 tahun kajian, juga terdapat 8 patent/pending. Ramai mendapat YOUTH effect yang sangat positif. Masalah jerawat berkurangan, jeragat semakin pudar, kulit semakin bersih.

KakMah share antara testimoni pengguna YOUTH yang dah berjaya mendapatkan effect positif selepas mengamalkan YOUTH skincare seawal 14 hari.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang YOUTH, boleh click link ini → YOUTH Skincare

Berminat untuk mendapatkan YOUTH Skincare anda? Boleh hubungi KakMah untuk keterangan lanjut dan untuk order set anda. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan FREE Membership Shaklee jika anda membeli satu set lengkap YOUTH Skincare. Jimat RM75, cashback bonus pun boleh dapat.

Jangan risau kerana anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee tanpa perlu bimbang jika wajib untuk buat bisnes. Bergantung kepada pilihan anda sendiri. Jika anda nak buat bisnes, KakMah sangat mengalukan dan guide anda sebaiknya.

Maklumat lanjut, hubungi KakMah.

*Disclaimer*

Credit to: Norfaziela

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *