Berpuasa,  Kecantikan,  Kesihatan,  Tenaga

5 Sebab Puasa tu Sangat Bermanfaat

Puasa ni, selain daripada kewajipan kita sebagai umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa ni, tapi sebenarnya, puasa ni ada lebih banyak manfaat, terutama dari segi kesihatan. Sebab itu, ada juga non-muslim yang cuba untuk berpuasa, terutama mereka yang nak badan rasa lebih ringan, bertenaga. But of course, cara mereka berpuasa lain daripada umat Islam berpuasa.

Apabila seseorang itu telah baligh, maka wajiblah baginya untuk berpuasa di bulan Ramadhan. Umur seseorang itu untuk baligh, berbeza-beza. Sebab itu, ada juga ibu bapa yang mengajar anak mereka untuk berpuasa pada usia yang awal. Seperti 4, 5, 6 tahun. Pada permulaan tu, dah semestinya, banyak karenah mereka. Dan kita sebagai ibu bapa pun, jangan terlalu berharap anak terus puasa penuh tau. Jangan paksa anak, tapi sentiasa beri galakan dan sokongan pada anak. Namun, jika nampak anak sangat tidak bermaya, maka berilah mereka makan.

Untuk tips bagaimana menggalakkan anak untuk pertama kali berpuasa, boleh click link ini.

Apakah manfaat yang boleh kita perolehi dengan berpuasa dari subuh sehingga ke waktu maghrib?

  1. Menggalakkan sel untuk bekerja dengan lebih baik, dan dapat mengawal tahap kerosakan sel di dalam badan.
  2. Membantu mengawal kenaikan berat badan.
  3. Membantu mengawal paras gula di dalam darah.
  4. Membantu memperlahankan penuaan kerana kita menggunakan kurang tenaga dan ia membantu mengekalkan kapasiti mitochondria untuk lebih lama.
  5. Membantu badan untuk detox, iaitu mengeluarkan toksin. Ia juga menggalakkan sistem dalaman berfungsi dengan lebih baik untuk kulit yang lebih sihat.

Tinggal beberapa hari lagi, berakhirnya Ramadhan tahun ini.

Jom sama-sama kita tingkatkan amalan dan berpuasa dengan lebih baik agar kita mendapat pahala dan manfaat yang lain. In Shaa Allah.

Ikhlas menulis,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *