Ibu Hamil,  Kehamilan,  Kesihatan Wanita,  Kesuburan,  Parenthood

5 Mitos Tentang Keguguran Yang Anda Perlu Tahu

Pengalaman keguguran sememangnya bukan senang nak hadapi. Bila zuriat yang kita nanti-nantikan tiba-tiba hilang begitu sahaja, pastinya perasaan sedih tu tak dapat dibendung. So, memang setiap mom-to-be akan berasa risau akan keguguran. Terutama di awal kehamilan. Selagi anak dalam rahim kita belum dilahirkan, selagi tu rasa risau tu tetap ada. Kebanyakan keguguran berlaku di trimester pertama. Namun, setiap bakal ibu perlu menjaga diri, kesihatan diri agar kandungan anda sentiasa sihat dan selamat dilahirkan kelak. In shaa Allah.

5 mitos keguguran

MITOS 1: Jika anda pernah gugur sekali, kebarangkalian untuk gugur lagi sangat tinggi

Totally, TAK semestinya. Pengalaman ummi sendiri. Ya, ummi pernah keguguran masa di awal pernikahan. Walaupun lama juga menunggu untuk kehamilan kedua, tapi Alhamdulillah, kehamilan kedua sihat dan selamat dilahirkan. Amalkan pemakanan sihat, jaga diri, in shaa Allah, anda tiada masalah pada kehamilan kedua. Namun begitu, bila kehamilan kedua juga keguguran, peratus kebarangkalian di kehamilan seterusnya meningkat kepada 20%. Lepas 3 kali keguguran, meningkat 30%. Dan begitulah seterusnya. Tapi bila dah terlalu kerap hamil dan gugur, ada eloknya anda segera berjumpa pakar untuk check-up. Mana tahu ada masalah lain yang boleh menyebabkan kehamilan tidak bertahan beberapa kali. Lebih cepat anda menjalani rawatan, adalah lebih baik untuk anda.

MITOS 2: Light spotting atau rasa cramp boleh menyebabkan berlakunya keguguran

Sekali lagi, ia hanyalah mitos. Tidak semestinya jika anda mengalami light spotting (atau discharge, atau keluar cecair kecoklatan) atau rasa cramp, bermakna akan berlakunya keguguran. 40% daripada kebanyakan kehamilan di awal trimester akan mengalami masalah ini. Mild cramping juga adalah sesuatu yang normal kerana pada waktu ini uterus anda sedang mengembang untuk memberi ruang pada fetus. Tapi… Jangan diamkan aje. Kalau berlaku spotting atau cramp ni, beritahu pada nurse atau doktor semasa check-up supaya mereka boleh melakukan pemeriksaan lanjut. Dan… kalau rasa cramp tu pada satu side sahaja dekat pelvis, ini kena segera berjumpa dengan doktor sebab ada kemungkinan anda mengalami ectopic pregnancy dimana telur yang telah disenyawakan tidak berada di dalam rahim, tetapi di tube fallopio. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh membahayakan nyawa ibu. Jadi, sentiasa peka dengan perubahan diri anda ya, ibu.

MITOS 3: Selsema/demam/batuk di awal kehamilan boleh menyebabkan keguguran

Juga adalah MITOS. Selsema atau demam atau batuk di awal kehamilan tidak mengganggu kehamilan. Tapi kalau suhu badan masa demam tu dah cecah sehingga 38.5°C ke atas, itu perlu hati-hati dan segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Sebab kalau terlalu tinggi, ia boleh “membunuh” fetus di awal 8 minggu kehamilan. Masa awal kehamilan ni pun, jagalah pemakanan. Jangan makan makanan yang mengandungi Listeria iaitu sejenis bakteria yang boleh mencemarkan makanan seperti daging sejuk, hotdogs, susu tidak ber-pasteur, keju lembut sebab ini juga boleh mengakibatkan keguguran. Bakteria listeria ni bila merebak, boleh jadi demam. Hati-hati dalam memilih makanan. Makan makanan berkhasiat, semulajadi, dimasak sempurna.

MITOS 4: Pernah menggugurkan kandungan punca keguguran

Menggugurkan kandungan secara sengaja sememangnya bertentangan dengan agama Islam. Namun, ummi faham kalau ada yang telah bertaubat, dah bernikah secara sah, dan ingin mendapatkan zuriat secara sah. Tapi ada mitos mengatakan kalau pernah gugurkan kandungan secara sengaja, potensi untuk keguguran semulajadi ada. Menurut kajian, ia adalah tidak benar. Melainkan kalau jarak masa antara prosedur menggugurkan kandungan dan kehamilan adalah kurang daripada 3 bulan. Kalau kes macam ni, risiko keguguran tu tinggi sikit berbanding kalau tempoh masa tu lebih lama. Dan kalau terlalu kerap menggugurkan kandungan juga, berkemungkinan boleh merosakkan serviks (menurut kajian juga). Jadi, elakkanlah abortion.

MITOS 5: Keguguran boleh berlaku jika bersenam di awal kehamilan

Nak senam tu, berpada-padalah. Pilih senaman yang mild, yang tak berat. Tapi kalau senaman angkat berat, main bola, kena lari-lari bukan main lagi, pastu bersukan yang ada potensi nak jatuh,… memanglah ada risiko keguguran. Pilih senaman yang selamat macam jogging atas track (pada kelajuan medium). Rujuk buku-buku yang dijual di pasaran. Ada senaman yang boleh diamalkan oleh ibu hamil. Ada kajian di Columbia mengatakan ibu hamil yang mengamalkan senaman ringan sepanjang kehamilan boleh menurunkan kebarangkalian untuk gugur sebanyak 40%. Ini kerana boleh mengurangkan risiko kenaikan berat badan melampau, dan membantu ibu untuk lebih fit dan bersedia untuk masa melahirkan nanti.

Jika kita menjaga diri kita, kesihatan kita terutama di awal kehamilan, in shaa Allah, kandungan anda selamat dan membesar dengan jayanya hingga ke masa dilahirkan. in shaa Allah. Amalkan pemakanan seimbang, makan makanan yang semulajadi, makan supplement semulajadi macam Shaklee, jaga tingkah laku, jaga tutur kata, amalkan bacaan Al-Quran, solat wajib dan sunat.. in shaa Allah, kandungan anda akan selamat. Banyakkan berdoa pada Allah, semoga Allah sentiasa melindungi anda dan bayi dalam kandungan.

Ummi doakan agar ibu-ibu terutama yang baru pertama kali ingin menjadi ibu agar jangan risau, jangan stress, jangan fikir yang negatif. Go with the flow, bak kata orang putih. Anda akan biasa dengan perubahan diri anda sepanjang kehamilan ni. In Shaa Allah.

Have a great pregnancy journey, mom-to-be!

2 Comments

  • Lyd Othman

    Info yang sangat berguna. Keguguran selalu dikaitkan dengan mitos ni.
    Saya pun pernah keguguran. Alhamdulillah kehamilan kedua selamat dilahirkan.

    Tq puan atas entri ni 🙂

    • Shima Zainal

      Terima kasih juga, Puan. Kita berdua melalui pengalaman yang sama. Alhamdulillah, kini dah memiliki 2 zuriat. Syukur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *