Masalah Gastric dan Supplement Shaklee

Gastric adalah salah satu masalah yang sering dialami oleh kebanyakan kita. Terutama mereka yang mengamalkan diet melampau hingga ke tahap sekat pemakanan dan sebagainya. Jangan ambil mudah atau ringan akan masalah gastric. Kerana jika berlarutan dan tidak dibendung dari awal, boleh mengakibatkan penyakit yang lebih serius.

Gastric ialah inflamasi (keradangan), kegatalan atau hakisan pada bahagian lapisan perut. Ia boleh berlaku dengan cara tiba-tiba atau berperingkat.

Masalah Gastric Shaklee

Apakah antara penyebab berlakunya gastric?

  • Muntah-muntah yang kerap dan kronik
  • Terlalu stress
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Bakteria H.pylori (helicobacter pylori) yang hidup dalam lapisan mukus perut. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan ulser, dan mungkin juga kanser perut
  • Pernicious Anemia yang berlaku apabila perut tidak mempunyai bahan semulajadi yang dapat menyerap vitamin B12 dengan baik
  • Bile reflux iaitu pengaliran balik hempedu ke dalam perut
  • Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan virus

Apakah simptom terjadinya masalah gastric?

  • Rasa loya
  • Rasa sebu atau kembung pada bahagian perut
  • Sakit di bahagian perut
  • Kerap muntah
  • Rasa senak
  • Rasa tidak selesa atau sakit di dalam perut antara waktu makan atau malam
  • Kerap tersedu
  • Hilang selera makan
  • Muntah darah

Apakah supplement Shaklee yang boleh membantu mengurangkan simptom atau masalah gastric?

Shaklee Untuk Gastric Gastrik

 

  • ESP
    • supplement berasaskan protein yang membantu membina sel baru yang telah rosak akibat hakisan asid gastric
    • bersifat alkali yang membantu meneutralkan asid gastric
    • membantu memulihkan luka dalaman yang terhakis
  • Ostemarix
    • supplement berasaskan kalsium yang mengandungi vitamin D dan magnesium
    • kalsium membantu meneutralkan asid gastric 
  • Peppermint-Ginger Plus
    • membantu melegakan ketidakselesaan perut
    • membantu mengeluarkan angin di dalam perut
  • Garlic Complex
    • supplement yang membantu menguatkan antibodi untuk melawan serangan bakteria h.pylori

Testimoni?

Ramai telah mengamalkan supplement Shaklee untuk bantu mengurangkan simptom dan masalah gastric. Alhamdulillah.

Testimoni Peppermint-Ginger Kurangkan Gastric

Testimoni Gastric Shaklee 01 Testimoni Gastric Shaklee 02

 

Berminat untuk mencuba supplement shaklee sebagai salah satu jalan alternatif untuk anda?

Boleh hubungi ummi untuk order.

signature 3

*Disclaimer*

Masalah Tekanan Darah Tinggi dan Supplement Shaklee

Masalah tekanan darah tinggi adalah antara masalah atau penyakit yang serius di kalangan rakyat Malaysia. Menurut kajian pada 2010, kira-kira 4.8 juta rakyat Malaysia adalah pesakit tekanan darah tinggi (ini berdasarkan kajian 6 tahun dahulu. bayangkan sekarang ini). Tekanan darah tinggi adalah pembunuh senyap kerana ia jarang menunjukkan simptom ketara. Perkataan lain untuk tekanan darah tinggi adalah Hipertensi. Seseorang akan di-diagnose mengalami hipertensi apabila tekanan darah tinggi melebihi 140/90 secara berterusan.

Tekanan Darah Tinggi dan Shaklee

Mereka yang berpotensi mengalami masalah hipertensi ialah

  • mempunyai keturunan yang ada masalah hipertensi, jantung, diabetes
  • berumur lebih 55 tahun
  • berat berlebihan
  • tidak aktif
  • merokok
  • makan makanan tinggi kandungan garam
  • mengambil ubat-ubatan

 

Berapakah bacaan tekanan darah yang dianggap normal, atau telah mencecah bacaan hipertensi?

Bacaan Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi)1

 

Apakah yang boleh dilakukan untuk mengelak daripada risiko tekanan darah tinggi?

  • Kekalkan berat badan sihat (ideal). Berat badan berlebihan meningkatkan risiko anda kepada 2 hingga 6 kali untuk mengalami tekanan darah tinggi.
  • Sentiasa bersenam walaupun hanya senaman ringan. Mereka yang bersenam mampu menurunkan risiko 20 – 50% berbanding mereka yang kurang aktif.
  • Kurangkan pengambilan garam dalam masakan/makanan.
  • Untuk mereka yang bukan beragama Islam, kurangkan atau elakkan pengambilan alkohol.
  • Elakkan stress

 

Nutrien diperlukan untuk bantu mengelakkan dan mengawal risiko tekanan darah tinggi

  • Potassium
  • Kalsium
    • 1,000 mg kalsium untuk dewasa berumur 19 – 50 tahun
    • 1,200 mg kalsium untuk dewasa berumur lebih 50 tahun, ibu hamil, dan ibu menyusu
  • Magnesium
  • Minyak ikan yang kaya dengan Omega-3
  • Bawang Putih

 

Apakah supplement Shaklee yang boleh membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi?

TEKANAN DARAH TINGGI SHAKLEE

 

  • VIVIX
    • mengandungi resveratrol yang menurut kajian dapat mengawal tekanan darah terutama bahagia sistolik.
    • selain itu, resveratrol juga membantu mengurangkan iritasi dan melancarkan perjalanan darah melalui saluran darah.
  • GARLIC COMPLEX
    • setiap 2 tablet mengandungi khasiat 1,000 mg khasiat bawang putih tulen iaitu bersamaan dengan 2 ulas bawang putih.
    • membantu menurunkan paras tekanan darah dan mengawal kolesterol.
  • OSTEMATRIX
    • supplement kalsium yang lengkap dengan vitamin D dan magnesium.
  • OMEGA GUARD
    • mengandungi EPA, DHA, Omega-3
    • merupakan supplement minyak ikan yang paling tulen, 3 kali lebih tumpat dari hati minyak ikan.

 

Testimoni?

Testimoni Darah Tinggi Vivix Shaklee

 

Untuk info lanjut dan untuk mendapatkan supplement Shaklee anda, untuk membantu mengurangkan tekanan darah tinggi anda, hubungi Ummi.

signature 3

*Disclaimer*

Cara Mengira 10 Pergerakan Bayi Semasa Hamil

Tahniah atas kehamilan anda, Ibu. Mesti excited kan? Perasan tak, Ibu sudah boleh merasakan pergerakan bayi seawal 20 minggu kebiasaannya, terutama untuk first time mother. Bagi yang hamil kali kedua dan seterusnya, minggu ke 16 tu pun dah boleh rasa baby kicking. Walaupun tak kuat, tapi sesekali “melantun” perut. Hehe. Perasaan masa pertama kali rasa kicking tu, mesti ibu-ibu gembira kan? Sebab tahu ada satu lagi nyawa di dalam rahim kita. Syukur, Alhamdulillah.

Apabila kandungan mencecah 34 minggu ke atas, pergerakan bayi tidak sekuat sebelum ini kerana pergerakannya terhad (bayi makin membesar, rahim sempit). Sebab itu, bila kandungan telah mencecah 30 minggu, nurse dan doktor akan suruh kita pantau pergerakan bayi. Kalau tak pantau, memang kena marah. Sebab hal ini sangat serius.

10 Pergerakan Bayi

Ibu disarankan untuk mengira pergerakan bayi kerana jika bayi kurang bergerak atau kurang aktif, ia menunjukkan ada masalah lain seperti air ketuban kurang, perkembangan terbantut. Jika terlebih aktif pula, dibimbangi akan terbelit tali pusat dan ini membahayakan nyawa bayi.

Bagaimana untuk mengira 10 pergerakan bayi?

  • Kebiasaannya, ibu disarankan untuk mengira selama 12 jam. Bermula dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
  • Sekiranya bayi bergerak bertubi-tubi (tidak berhenti) dalam satu masa, kiraannya hanyalah satu pergerakan.
  • Jika telah mencecah 12 jam iaitu 9 malam, dan pergerakan bayi tidak cukup 10 pergerakan, ibu PERLU ke hospital dengan segera untuk jalankan pemeriksaan.
  • Jika terlalu aktif, misalnya kebiasaannya jam 5 petang baru cukup 10 pergerakan. Tapi satu hari, jam 12 tengahari dah cukup 10 pergerakan. Ibu juga PERLU segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana dikhuatiri bayi meronta-ronta di dalam kandungan kerana terbelit tali pusat. Bayi boleh lemas jika dibiarkan.
  • Catatkan pergerakan bayi dalam buku merah kehamilan, dan pantau pola pergerakan bayi.

 

Oleh itu, ibu-ibu semua. Selamat menghayati pergerakan bayi dalam kandungan. Ini adalah moment paling berharga untuk setiap ibu hamil. Tapi jangan sampai terlupa kira pergerakan bayi ya. Ini untuk keselamatan bayi dan juga anda sendiri.

Jika berminat untuk dapatkan Full Set Prenatal Shaklee, boleh hubungi Ummi.

signature 3

OsteMatrix Promosi Merdeka 2016

Tak suka minum susu? Sering cramp? Gusi berdarah? Tidur tak lena?

Itu menunjukkan yang anda kekurangan kalsium. Dan berita baik untuk anda, bulan Merdeka (Ogos) ni adalah bulan promosi OsteMatrix, iaitu supplement Kalsium daripada Shaklee yang berbentuk tablet. So, sesuai sangat untuk mereka yang tak suka minum susu, terutamanya.

Promosi Ogos 2016

Promosi Ogos 2016

 

Harga sebotol hanyalah RM61 sahaja. Sebotol boleh tahan paling minima sebulan, jika pengambilan kalsium anda sehari diperlukan ialah minimum 1,000 mg sehari. Jom beli 7 botol terus, boleh buat stok selama setengah tahun.

OsteMatrix sangat sesuai untuk:

 ✔ Ibu hamil

✔ Ibu menyusu

✔ Ibu berpantang

✔ Baru lepas patah/retak tulang

✔ Sering sakit kaki/gusi/tumit

✔ Semua lelaki dan wanita

Untuk info lanjut, boleh hubungi Ummi.

signature 3