5 Perbezaan Antara Hamil Sulung Dan Anak Kedua

Kehamilan sememangnya dinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Terutama apabila menerima perkhabaran kehamilan pertama, rasa teruja tu sangatlah tinggi. Al-maklumlah, nak menerima kehadiran orang baru dalam keluarga. Alhamdulillah.. Dan….. apabila disahkan hamil anak kedua, rasa teruja itu tetap ada.. Tetapi, ada juga rasa risau, fikir macam-macam.. Tambahan pula bila jarak kehamilan sangat dekat.

Perbezaan Kehamilan Sulung_Kedua

Ada perbezaan yang dialami oleh ibu semasa hamil anak kedua berbanding dengan anak sulung. Dan ummi pasti, perbezaan ini dialami oleh kebanyakan ibu-ibu. Hatta, anak sudah membesar sekalipun. Pasti ada sedikit rasa perbezaan. Jika anak masih kecil, lagilah lain rasanya.

 

1. Kurang masa berehat

  • Berbanding bila hamil anak sulung, bila-bila masa nak berehat, boleh aje. Tapi bila hamil anak kedua, dah tentu fokus kita pada anak sulung tadi. Takkan kita nak abaikan anak sulung kan. Dia masih memerlukan perhatian dan kasih sayang kita. Jadi, masa rehat hanyalah pada waktu malam sahaja. Tu pun belum tentu lagi. Hehe.. Bersabarlah ibu. In Shaa Allah, sesuatu yang terbaik menantimu. Itulah pahala seorang ibu hamil.

2. Terlalu rasa penat

  • Terutama pada ibu bekerjaya, bila balik, pasti rasa penat. Yang surirumah pun tak kurang hebatnya. Bila rasa nak rehat, kena layan si sulung. Anak yang sedang membesar, semestinya memerlukan perhatian dari kita. Berbanding masa hamil sulung dulu, penat tu kurang sebab kita cukup rehat. Banyakkan minum air, ibu. Makan makanan berkhasiat, makanan sunnah. In Shaa Allah, akan kurang rasa penat tu.

3. Kurang Berseri

  • Berbanding semasa hamil anak pertama, bila hamil anak kedua ni, ada yang kelihatan lebih tak terurus. Sebab nak jaga anak sulung lagi, jaga keperluan suami, jaga rumah. Kalau masa kehamilan pertama, kita cukup rehat, cukup tidur. Kehamilan kedua ni, kena pandai curi masa untuk jaga penampilan diri kita juga.

4. Air Kencing Tak Terkawal

  • Apabila anda hamil anak kedua dalam tempoh yang agak rapat, jangan terkejut sekiranya anda tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing. Terutama ketika bersin, ketawa, batuk. Ini adalah normal. Anda perlu memakai panty liner untuk perlindungan, dan kerap tukar agar kebersihan terjaga.

5. Perancangan Tak Menjadi

  • Tak macam hamil anak pertama. Masa hamil anak pertama, segala perancangan anda untuk lakukan senaman, mengaji Al-Quran, lakukan perkara-perkara sunnah menjadi kenyataan. Tapi bila hamil anak kedua, terutama dalam tempoh agak rapat, kebanyakan perancangan ini tak menjadi. Jangan jadikan alasan. Sekali lagi, curilah masa untuk mengaji Al-Quran (contohnya). Kerana ia bantu melancarkan kehamilan kita, dan membantu perkembangan janin di dalam rahim. In shaa Allah. Dan….curi masa juga untuk lakukan senaman ringan. Dukung anak pun satu senaman tau.

 

Semoga ibu-ibu selamat menjalani kehidupan harian sepanjang kehamilan ini. Sentiasa bersyukur dengan apa Allah berikan, in shaa Allah, segalanya akan berjalan dengan lancar. Jangan mengeluh tau. Allah sentiasa membantu kita.

Untuk dapatkan supplement Shaklee yang membantu menguatkan/memberikan tenaga, membantu meningkatkan bacaan hemoglobin, memberikan khasiat kalsium secukupnya, anda boleh hubungi ummi.