Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Susu Ibu

12 Tips Untuk Ayah Serlahkan Kasih Sayang (Rapat) Dengan Baby

Menurut kajian, bayi yang rapat dengan ayah dapat menggalakkan perkembangan minda bayi. Bayi lebih cerdik, pandai. Tapi, memang difahami yang semua ayah perlu bekerja untuk mencari nafkah. Pergi kerja awal pagi, balik lewat petang atau pun kadang-kadang malam. Bila dan macam mana cara terbaik untuk ayah meluangkan masa dengan bayi, dan merapatkan diri dengan bayi. 
Jom ikut 12 tips atau cara menarik ni untuk ayah praktikkan supaya dapat bond dengan bayi. 

1. Dukung Rapat Bayi Anda
  • Seorang ibu akan mendukung dan memeluk bayinya rapat ke badannya semasa menyusu.
  • Begitu juga dengan seorang ayah yang bantu menyusukan bayi melalui botol. Dukung dan rapatkan bayi pada anda agar bayi boleh melihat dan merenung anda.
2. Jaga Anak Waktu Malam
  • Ayah boleh membantu menjaga anak apabila waktu malam. Orang putih kata, jadi “rescuer of the night” bila bayi menangis.
  • Bukan hanya dapat memberikan masa berharga pada ayah dan bayi, malah memberikan masa pada isteri untuk berehat.

3. Pujuk Bayi Menangis

  • Memujuk seorang bayi yang menangis bukanlah perkara yang mudah tapi tidak mustahil. Melainkan bayi nak menyusu, memang perlukan ibulah. Hehe. Namun begitu, cuba untuk belajar memujuk bayi anda yang sedang menangis.
  • Banyak cara untuk pujuk bayi anda. Mungkin menyanyi ke, berzikir ke (untuk orang Islam), gently rocking ke. Bayi perlu belajar yang bukan hanya Ibu dapat memberikan apa yang dia inginkan. 

4. Buat Memek Muka

  • Jadilah seorang ayah yang kelakar. Cuba buat memek muka, agah bayi anda, supaya bayi dapat berinteraksi dan ketawa apabila ayahnya cuba buat lawak sebegitu.
  • Bila bayi dah mula besar sikit, boleh la main “baaa… cak!”

5. Bawa Berjalan-jalan

  • Bayi suka fresh air, suka berjalan-jalan, lihat kawasan sekeliling.
  • Apa kata anda “babywearing” bayi anda dan bawa mereka jalan-jalan. Jangan pakai stroller, tapi gunakan ring sling ke, wrap ke, soft-structured carrier (ssc) ke. Babywearing boleh menggalakkan bayi anda lebih rapat dengan anda. 

6. Urut Bayi

  • Bayi memberi reaksi apabila disentuh. Cara yang paling mudah dan menenangkan mereka adalah dengan memberikan mereka urutan bayi. 
  • Bila mood baby tu ok dan tak meragam, ambil 10-15 minit untuk gosok kaki bayi, perut dia, tangan. Gosok tu slow-slow je. Bukan kuat-kuat tau.

7. Hargai Masa Bermain

  • Luangkan masa untuk bermain dengan bayi anda walaupun sekejap. Terutama di waktu malam apabila anda pulang dari bekerja.
  • Amalkan setiap hari supaya bayi anda terbiasa. Jadi, bila ayah balik, bayi pun tahu yang “oh.. it’s dad’s time.. yippie!”.

8. Dance Party

  • Bayi berinteraksi pada music dan suka memberi respon pada music. Seolah-olah menari. 
  • Apa kata anda pasangkan lagu menarik atau nyanyikan pada mereka (lebih baik), dan goyangkan bayi anda. Bila bayi dah besar sikit, boleh ajar dia berdiri dan bouncing.

9. Bantu Tukar Diaper

  • Tugas tukar diaper atau lampin bayi ni, bukan hanya tugas ibu. Ayah pun boleh bantu.
  • Masa tukar lampin ni la masa paling best untuk berinteraksi dengan bayi. Borak dengan bayi, gurau-gurau dengan bayi. Walaupun bau “achem” tapi moment tu sangat best.

10. Kemas Rumah

  • Apa kaitan kemas rumah dengan bond with baby? Hehe.
  • Ayah tak salah bantu isteri mengemas rumah. Masa mengemas tu, boleh ber”babywearing” juga. Sambil carry anak tu, sambil tu mengemas. Isteri happy, anak pun suka.

11. Ambil Cuti

  • Bila bayi tak sihat, ambillah cuti dan jaga bayi. Beri perhatian kepadanya semasa bayi meragam. Pujuk bayi, urut bayi. 
  • Kalau ada check up bayi pula, tak salah juga kalau ayah ambil cuti dengan ibu. Bolehlah ayah mengetahui perkembangan bayi, tengok anak kena cucuk, pujuk dia.

12. Rutin Tidur

  • Jaga rutin tidur bayi. Pastikan waktu tidur bayi consistent setiap malam supaya bayi tahu, “oh. ini waktu tidur”.
  • Masa bayi nak tidur, si ayah bolehlah bersama dengan anak. Bantu tidurkan bayi ke, dodoikan bayi. Sweet kan?
Ibu-ibu, silalah share post ni pada suami anda. Dan si ayah, baca dan praktikkan. Tugas menjaga anak, bukan hanya terletak pada isteri (ibu), malah ia juga memerlukan kerjasama dengan suami (ayah).
Ingin mencari supplement untuk bantu isteri (untuk kecantikan luaran dan dalaman, untuk galakkan breastfeeding, dan macam-macam lagi), boleh hubungi kami untuk order.
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb: http://bit.ly/PM_Kami
Pengedar Shaklee di Seremban
———————————————————

**Disclaimer**

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *