Breastfeeding,  Ibu Menyusu,  Susu Ibu

11 Makanan Semulajadi Untuk Meningkatkan Susu Badan

Ibu menyusu perlukan pemakanan seimbang dan berkhasiat untuk menggalakkan lagi penghasilan susu. Selain daripada jalan moden iaitu mengamalkan supplement, makanan semulajadi pun boleh menjadi pilihan. Antara rajin dengan tak je nak mencari makanan-makanan semulajadi ni. 
Nak share 11 (sebelas) makanan semulajadi yang boleh membantu ibu menggalakkan lagi penghasilan susu badan.

1. Halba
  • Halba merupakan makanan semulajadi yang kaya dengan protein, zat besi, vitamin C, dan banyak khasiat lain lagi.
  • Namun jika anda ada alahan, ambil halba ni dengan kuantiti sedikit atau “try and error” dulu. Dan jika anda ada masalah rendah hormon thyroid, hypoglycemic, atau mengamalkan ubat pencairan darah, JANGAN ambil halba.
2. Oat
  • Saponins yang terdapat dalam oat bukan hanya mempunyai khasiat antibiotic, anti keradangan, menyokong sistem imun, malah ia juga bantu menghasilkan lebih banyak susu melalui kelenjar pituatari.
  • Amalkan oat semasa breakfast (semangkuk pun boleh), atau ikut kreativiti anda (buat kuih ke, biskut ke).

3. Alfalfa

  • Daun alfalfa kaya dengan vitamin, mineral, asid amino. 
  • Alfalfa ialah estrogen yang membantu menggalakkan fungsi kelenjar pituatari, sekaligus menggalakkan lagi penghasilan susu ibu.

4. Bawang Putih

  • Kajian menunjukkan bahawa bayi menyusu lebih kerap apabila ibu ambil supplement bawang putih (atau makan makanan kaya dengan bawang putih) sebelum menyusu.
  • Bila demand bertambah, stimulation bertambah, maka bertambahlah juga penghasilan susu.

5. Bijan

  • Bijan bukan hanya tinggi kandungan kalsium, malah juga bantu tingkatkan penghasilan susu ibu.
  • Amalkan bijan yang telah pun dihancurkan kerana bijan yang masih disekam mudah dihadam.

6. Dandelion

  • Masyarakat dari negara China dan perubatan asli Amerika mengamalkan dandelion untuk membantu mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin dan juga untuk bantu meningkatkan penghasilan susu.
  • Macam-macam cara masakan boleh dibuat dengan dandelion. Antaranya, boleh tumis daun dan akarnya. Ataupun, minum teh dandelion.
  • Peringatan: Ibu yang ambil ubat diuretik tak boleh ambil dandelion ya.

7. Adas

  • Adas (fennel) mempunyai phytoestrogens yang membantu penghasilan susu badan.
  • Namun, amalkan secara berpada sebab kalau terlebih makan, boleh membantutkan juga penghasilan susu. So, as usual, “try and error” dulu.

8. Kacang

  • Kacang kaya dengan protein, asid lemak. Juga terdapat asid amino yang merupakan neurotransmitter untuk laktasi.
  • Kacang terbaik adalah almond.

9. Teh

  • Teh yang terbaik adalah dihasilkan daripada bahan fresh dan organik.
  • Antara bahan campuran terbaik ialah black tea, fenugreek, alfalfa, marshmallow root, red raspberry leaf, dan banyak lagi.

10. Durian

  • Ramai berpendapat bahawa durian boleh membantu meningkatkan susu kerana bersifat “panas”.
  • Tapi janganlah melampau sangat makan ya. Ingat bayi anda. Nanti bayi pun rasa panas. 

11. Supplement

  • Walaupun supplement bukanlah makanan “semulajadi”, tapi sesetengah supplement dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi yang diperlukan. Antaranya supplement Shaklee yang dijamin dihasilkan secara semulajadi.
  • Nak tau supplement Shaklee apa yang boleh tingkatkan penghasilan susu, click link ni.
Jadi, dah bersedia untuk mencari makanan semulajadi ni? Mulakan dari sekarang. Tapi jangan begitu mengharap bahawa dalam masak sejam atau dua jam, anda telah lihat hasil. Kadang-kadang, ambil juga masa beberapa hari. Yang penting, ingat konsep asas penyusuan iaitu “Demand dan Supply”. Selagi ada keinginan dari bayi, selagi itu ada lah susu. So, susukan bayi anda sekerap mungkin.
Jika anda mencari supplement Shaklee dan ingin beli supplement Shaklee untuk bantu anda, boleh hubungi kami sekarang.
———————————————————
Puan Shima (SID # 885670)
msg/whatsapp: 0196972866
pm fb: http://bit.ly/PM_Kami
Pengedar Shaklee di Seremban
———————————————————

**Disclaimer**

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *