
10 Tips Elak Jerawat
Jerawat! Mesti gundah gulana bila bangun pagi, tiba-tiba ada pula jerawat seketul dua yang “singgah” kat kulit wajah kita yang comel ni kan? Bertambah stress bila parut jerawat yang sebelum ni pun, belum lagi pudar, dah tumbuh pula jerawat baru. Biasa kita dengar, bila hormon tak stabil iaitu masa nak datang haid, masa tu lah jerawat tumbuh. Tapi tu pun kadang tu seketul je. Namun, ada juga sesetengah orang yang mengalami masalah jerawat yang kritikal.
Kebiasaannya, masalah jerawat yang serius terjadi apabila kulit breakout akibat tidak sesuai dengan sesetengah produk skincare yang digunakan. Apabila skincare tersebut mengandungi bahan kimia, sel kulit menjadi tidak sihat dan lama-kelamaan boleh rosak.
Antara faktor lain yang membolehkan tumbuhnya jerawat di kulit wajah kita ialah masalah hormon tidak seimbang, keturunan, ubat-ubatan yang tidak sesuai atau kesan sampingan, pemakaian make-up yang berlebihan, keadaan persekitaran yang tidak bersih.
KakMah nak kongsikan dengan anda, 10 tips untuk membantu anda mengelak daripada masalah jerawat.
TIPS 1: Pastikan Kulit Sentiasa Bersih
Jadikan rutin harian untuk membersihkan wajah anda 2 kali sehari untuk membuang kekotoran, sel kulit yang mati, dan juga membersihkan permukaan kulit yang berminyak. Elakkan daripada membasuh wajah lebih dari 2 kali sehari kerana ia mungkin lebih merosakkan kulit anda.
TIPS 2: Lembapkan Kulit
Pastikan kulit anda sentiasa lembap dengan menggunakan produk yang boleh melembapkan kulit. Sesetengah produk menghilangkan jerawat menjadikan kulit wajah anda semakin kering, jadi anda perlu gunakan pelembap untuk mengurangkan kesan kekeringan itu.
TIPS 3: Cuba Produk Hilangkan Jerawat
Ada beberapa produk yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Anda boleh menggunakan produk tersebut dengan penggunaan yang terkawal. Produk seperti ini boleh mengakibatkan kulit kering dan ini juga tidak baik untuk kulit wajah anda. Gunakan secara teratur dan tidak berlebihan.
TIPS 4: Gunakan Make-up Dengan Hati-hati
Sesetengah orang, memang perlu pakai make-up. Tapi sebenarnya, bila wajah dah breakout, elakkan daripada pakai foundation, bedak, or blush. Kalau perlu sangat pakai pun, pastikan bila dah selesai, anda basuh sebersihnya selepas itu. Cari alatan make-up yang tidak mengandungi bahan kimia.
TIPS 5: Hati-hati Dengan Rambut
Elakkan daripada menggunakan pewangi, pomades, atau gel pada rambut anda. Sebab jika benda tu terkena pada wajah anda, ia boleh menghalang liang pori kulit anda dan menyebabkan sel kulit rosak.
TIPS 6: Jangan Selalu Sangat Pegang Muka
Ada masanya kita tak tahu apa yang kita pernah pegang sebelum tu. Jadi, tak perlulah nak selalu sangat pegang muka tu sebab dibimbangi bakteria boleh merebak. Dan, jangan gatal tangan nak picit jerawat.
TIPS 7: Stay Out of the Sun
Sinaran UV daripada sinaran cahaya matahari boleh menjejaskan sel kulit kita. Pastikan anda kawal waktu anda untuk keluar rumah, terutama apabila matahari memang mencanak atas kepala. Kalau kena keluar juga, gunakan produk yang mengandungi SPF30 dan ke atas, 15-20 minit sebelum anda perlu keluar rumah.
TIPS 8: Pemakanan
Kulit kita ni juga perlukan “makanan” yang sihat. Pastikan anda elak makanan yang boleh “trigger” jerawat keluar seperti makanan berminyak, bergula. Amalkan pemakanan sihat, lebihkan sayuran dan buah-buahan.
TIPS 9: Bersenam
Senaman baik untuk kesihatan keseluruhan badan kita, termasuklah kulit wajah kita. Sebab sel kita semakin sihat. So, amalkan senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari.
TIPS 10: Chill!
Jangan tak tahu, bila kita stress, kita mengundang jerawat untuk datang. Again, berkaitan dengan hormon juga. So, elakkan daripada rasa stress. Relax je. Life must goes on.
Dah tau tips ni, jangan lupa nak amalkan. Apapun, pokok pangkalnya, kulit kena bersih. Dan elakkan daripada menggunakan skincare yang tiada kajian, menggunakan bahan kimia. Jangan terlalu mudah sangat untuk percaya dengan lambakan testimoni di media sosial. Cari skincare yang selamat, bebas daripada bahan kimia berbahaya.
Namun, jika ditakdirkan kulit wajah anda breakout kerana penggunaan skincare yang salah, jangan risau kerana ada jalan penyelesaian.
Click cerita ini: Kulit Breakout Kembali Berseri.

